Pengantin Wanita Paling Sibuk DiDunia

Disini admin yang kongsi cerita sedikit tentang pengantin-pengantin di malaysia dalam menyediakan majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua manusia.Walaupun tajuk agak sedikit kearah topik perbincangan,tapi sebenarnya lebih ke arah berkongsi pengalaman.Sepanjang admin mengambil tempahan kad kahwin,alhamdulilah semua pelanggan yang menempah adalah dikalangan bakal pengantin yang sibuk dan kebanyakannya adalah wanita.so,kerana apa didalam kebanyakan proses nak kahwin ni wanita paling sibuk berbanding lelaki?antara sebabnya.

1-Wanita mempunyai tahap kepuasan yang tinggi dalam keinginan menyelesaikan sesuatu masalah.
2-Wanita selalu bersikap menginginkan kesempurnaan didalam majlis mereka,lagi-lagi kalau mereka adalah pengantin perempuan itu sendiri.
3-Sah-sah lah majlis yang berlangsung adalah majlis pihak perempuan dahulu,perfect for guest itu amatlah penting.
4-Para pengantin wanita ini begitu cermat dalam menempah sesuatu dari segi kualiti/bajet/servis,bermula dari menempah sebiji telur rebus sehingga lah dewan untuk majlis berlangsung.
5-Wanita boleh tampung tahap stress lebih tinggi dari kaum lelaki.

dan akhirnya majlis yang dirancang berjalan dengan sempurna,tak hairan lah sebab apa kebanyakan pengantin paling sibuk di dunia adalah pengantin wanita.Dan pengantin lelaki adalah pengantin yang paling cool di dunia dan alam semesta.

No comments:

Post a Comment